CARA MENGIKAT HATI SUAMI ISTRI
10 Amalan Pengikat Hati Suami Isteri
1. Cium tangan suami dan Cium kening isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat bekerja masing-masing
2. Senantiasa ucapkan kata-kata sayang sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbincangan di telefon, dan sebelum tidur
3. Bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil beban dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan
4. Amalkan sembahyang berjamaah selama di rumah, berdoa bersama, serta bersalam-salaman sesudahnya
5. Walau sibuk, luangkan waktu menghubungi pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan
6.Jangan sesekali berpisah tempat tidur, walau anak sudah berderet dan usia sudah meningkat. Ini adalah amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang
7. Senantiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga karena pikiran positif akan memudahkan untuk mencapai kebahagiaan
8.Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritakanlah sesuatu yang lucu, teka teki atau apa saja yang dapat membuat anda berdua tertawa
9.Apa saja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya
10. Jika amalan-amalan suami isteri tersebut belum pernah dilakukan, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
#kikhedoe#

0 Komentar:
Posting Komentar
Berlangganan Posting Komentar [Atom]
<< Beranda